Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label umno kaut keuntungan gula. Show all posts
Showing posts with label umno kaut keuntungan gula. Show all posts

Tuesday, 14 February 2012

Skandal Gula: Kerajaan UMNO/BN Rugi, Siapa Untung RM490 Juta?

Meskipun kerajaan memberi jaminan bahawa perjanjian pembelian bekalan gula di negara ini adalah langkah yang ‘bijak’, DAP tegas mempertahankan bahawa negara akan kehilangan jutaan ringgit jika harga bahan mentah itu di pasaran antarabangsa terus jatuh.


Menurut Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, perjanjian itu akan menyaksikan kerajaan kerugian sebanyak RM64 juta hingga RM491 juta setiap tahun.

Dakwanya, kerajaan membuat perjanjian menetapkan komoditi itu pada harga yang tinggi sedangkan harga pasaran sedang merosot.

"Nampaknya kerajaan sebenarnya adalah bodoh dalam usaha cuba menjadi bijak. Ini mengakibatkan jutaan ringgit wang pembayar cukai disia-siakan tanpa diperlukan" kata Pua, dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 3 Februari lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar), berkata kerajaan telah memperbaharui tiga kontrak dan menetapkan harga import gula pada US$0.26 bagi setiap paun.

Ismail Sabri menjelaskan bahawa harga adalah lebih tinggi sepanhang tempoh 2009 hingga 2011 kerana harga telah ditetapkan pada US$0.179 bagi setiap paun dan ini menyebabkan peningkatan dalam subsidi daripada 20 sen kepada 54 sen sekilogram bagi mengekalkan harga pada RM2.30.

Pua, sebelum ini mendakwa Ismail Sabri cuba "memperbodohkan" rakyat apabila mendakwa bahawa harga gula di peringkat antarabangsa telah naik sepanjang tempoh 2009-2011.

"Mengapa kerajaan menandatangani kontrak jangka panjang tiga tahun untuk membeli gula pada harga US$26 bagi setiap paun apabila harga gula terakhir diniagakan pada Disember 2011, adalah US$23.42 bagi setiap paun ataupun 10 peratus di bawah harga belian kerajaan?" soalnya lagi.

AzrinRen : Rakyat merana, kroni UMNO/BN senang lenang goyang kaki. Biar rakyat mampos janji UMNO/BN tak mampos....

psst....Betulka madey kutty digeruni kuasa besar? kalau betul. haaa tunggu apa lagi, pergi marah kuasa besar supaya mendesak israel berhenti menzalimi rakyat palestin dan berhenti menzalimi di negara-negara islam yang lain, pergi cepat kalau lu digeruni kuasa besar!!!

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat