Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label umno sokong israel. Show all posts
Showing posts with label umno sokong israel. Show all posts

Saturday, 11 February 2012

Pertemuan Anwar Ibrahim bersama pemimpin Hamas, Khaled Mashal dan Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi

Pencacai-pencacai jangan terkejut beruk bila lu semua melihat gambar ni yer, pertemuan dato seri anwar ibrahim dengan ketua pejuang tulen yang tidak di iktiraf UMNO iaitu Pengerusi Hamas Khaled Marshal baru-baru ini. Nampaknya ustaz troll fathulbari harus menetang dan bidas sikap anwar ibrahim yang bertemu dengan pemimpin yang tidak di iktiraf UMNO dan Yahudi. Anwar Ibrahim sudah bertemu dengan penjaga keselmatan palestin. fathulbari harus bersuara sebelum terlambat...kekekeke..kalau betul anwar ibrahim tu agen yahudi..dah lama kena tembak bro...dato seri. lu bagi tahu perkara sebenar pembohongan boneka british iaitu UMNO dengan secepat mungkin.
Pengerusi Hamas, Khaled Mashal bersama Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim berbincang bersama Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi

UMMO/PAKJIB pendokong yahudi APCO, berhenti hantar minyak ke iran dan terus hantar minyak ke negara yahudi. Nampak nya itu sebagai menjaga keselamatan israel sebab membantu yahudi membekal keperluan hidup harian ke israel...kekek..


PWTC UMNO dengan kibaran bendera yahudi israel....errr...kat atas bmbung bangunan PKR dengan DAP ada tak kibaran bendera yahudi?

Lu semua wahai pencacai-pencacai semua harus mengakui akan kenyataan yang telah di gambarkan gua diatas. Lu jangan coba-coba nak lari akan kenyataan yang telah gua lakukan ini. Lu harus mohon maaf kepada anwar ibrahim sebelum terlambat, Jika lu semua enggan berbuat demikia. Sah lu masih di liwat oleh ah jib gor. sekian...kekeke...

Tahukah anda, Hamas adalah pejuang yang tidak di iktiraf oleh PM palestin iaitu mahmud abbas dan Kumpulan fatah naungan Mahmud abbas, kerana fatah dan mahmud abbas adalah kumpulan yang diperkuadakan oleh israel. sebab itu lah rakyat palestin terus di tindas dan dizalimi. Hamas nak menentang israel pun mahmud abbas marah dan hantar fatah untuk menentang Hamas. Tahukah anda kerajaan malaysia pun tidak mengiktiraf Hamas :D.

Alright...gua mahu cabar blogger-blogger UMNO cari gambar anwar bersama dengan PM israel benjamin netanyahu atau bekas PM ehud olmert kalau betul anwar ibrahim agen yahudi...24jam gua kasi can sama lu...kekeke...

''Over...over...ya..gua papagomo...habisla anwar ibrahim dah berjumpa ngan pemimpin hamas ni. lepas ni kena cari idea lagi untuk pedajal anwar ni..aduihhh...lunsing kepala gua....''

Video perjuangan HAMAS

psst....Papagomo yang 4 kali kantoi macam mana???

Baca Berita Penuh ..

Sunday, 5 February 2012

NAJIB UMNO/BN PELINDUNG ISRAEIL, PEMBUNUH RAKYAT PALESTIN

''NGO, Pejuang Palestin tahu siapa sebenarnya kawan dan lawan mereka di Malaysia. Kerajaan sekular UMNOBN bermuka-muka untuk tarik sokongan rakyat bawahan tapi bersekongkol dengan Israeil membunuh rakyat Palestin. DS Anwar Ibrahim rakan rapat kerajaan Turki pejuang dan tokoh diplomatik pembebasan Palestin.'' 

Najib, Mahathir jalin hubungan dengan Israel sekian lama- AMK



Ini bukti kerajaan peliwat@umno mempunyai hubungan dengan ISRAEL, Mereka juga tidak mengiktiraf hamas untuk menyelamat rakyat palestin. mereka menyokong mahmud abbas PM palestin yang lemah dan bertanggungjawab rakyat palestin terus ditindas oleh yahudi israel.

KUALA LUMPUR 3 Feb: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) berpendapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pimpinan Umno lainnya bersikap talam dua muka berhubung dasar luar negara dengan menjalinkan hubungan dengan Israel sejak sekian lama.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengulas kenyataan semborono pemimpin Umno, termasuk bekas presidennya, Tun Dr Mahathir Mohammad yang menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ketua pembangkang itu menyokong Israel.

Dokumen EU menunjukkan Malaysia di kedudukan ke 15 menjalin hubungan dagang dengan Israel

Menurut Shamsul, Malaysia menduduki tangga ke 15 sebagai rakan dagang utama dengan Israel pada 2010, melalui dokumen rasmi yang didedahkan oleh Kesatuan Eropah (EU), selain kapal Israel dibenarkan berlabuh di perairan Malaysia.

“Pendedahan dokumen yang menyatakan Malaysia menduduki tangga ke 15 sebagai ‘The Major Trade Partner 2010′ dengan rejim Israel membuktikan sikap sebenar hipokrasi Umno.

“Namun di dalam negara, mereka (pemimpin Umno) cuba menyatakan Malaysia tiada hubungan langsung dengan Israel, samada secara rasmi atau tidak rasmi,” katanya.

Selain itu, katanya, Najib melantik syarikat perunding komunikasi Israel, Apco Worldwide untuk menaikkan imej kerajaan dengan membayar sebanyak RM77 juta setahun kepada syarikat zionis itu.

Manakala Mahathir pula mengakui pernah membayar seorang pelobi Zionis, Jack Abramoff bagi menemui bekas Presiden Amerika Syarikat, George Bush.

“Najib mengupah Apco dan Dr Mahathir pula membayar pelobi zionis jutaan ringgit, ini semua mengukuhkan lagi sikap bermuka-muka Umno yang mempercayai kepakaran Israel berbanding keupayaan rakyat Malaysia sendiri.

“Sebab itu fitnah Umno bersama media kawalannya kononnya Anwar menyokong Israel jelas menggambarkan sikap hipokrit dan bertujuan cuba mengalih isu sebenar,” jelas beliau kepada keadilandaily.com

Sebelum ini, pentadbiran Najib membayar RM77 juta setahun kepada Apco Wordwide, untuk tujuan perundingan komunikasi selain mengilhamkan slogan 1 Malaysia yang meniru konsep One Israel.

Pendedahan itu pada Mac tahun lalu menyebabkan Anwar dan tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat hampir setengah tahun.

Selain Apco, pentadbiran Najib turut mengupah syarikat komunikasi, FBC media yang terlibat dalam kempen menyokong serangan tentera Israel terhadap konvoi misi bantuan Mavi Marmara ke Gaza, Mei 2010.

FBC yang dibayar kerajaan Malaysia RM94 juta turut memuji tindakan Israel menghentikan misi bantuan kemanusian kapal Mavi Marmara ke Gaza, yang menyaksikan beberapa orang terkorban.

psst....Tanpa israel...siapalah UMNO...

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat