Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label vendetta. Show all posts
Showing posts with label vendetta. Show all posts

Sunday, 1 January 2012

Flash Mob V for Vendetta Turun ‘Menakluk’ Dataran Merdeka!!!


Sambutan Tahun Baru di Dataran Merdeka di sini semalam digegarkan dengan “flash mob” atau demonstrasi kilat yang menuntut hak rakyat untuk berhimpun dan bersuara yang semakin dikekang oleh Kerajaan Barisan Nasional. Flash Mob yang bertemakan elemen-elemen dari filem terkenal “V for Vendetta” itu dihadiri puluhan anak muda berbilang kaum dan latar belakang daripada Gerakan Occupy Dataran

Mereka berjaya mencuri perhatian hadirin yang membanjiri Dataran Merdeka bagi sambutan Tahun Baru.

Peserta flash mob itu menarik perhatian ramai dengan memakai topeng putih “Guy Fawkes” yang dipopularkan filem “V for Vendetta” sambil bersorak dan menghasilkan bunyi gendang yang kuat.

Mereka juga membawa kain rentang dengan perkataan “Occupy Dataran untuk Merdeka” yang diilhamkan oleh gerakan “Occupy” yang berlaku seluruh dunia.

Gerakan “Occupy” mengajak masyarakat awam supaya mengambil-balik ruang-ruang dan institusi awam yang telah ditakluk dan digunakan oleh golongan elit bagi memperkayakan diri mereka sambil menidas golongan bawahan.

Flashmob “V For Vendetta” berjaya mengalihkan perhatian orang ramai yang sedang menyaksikan konsert percuma di dataran dengan melepaskan beberapa butir “signal flare” sebelum acara bunga api bermula.

Akan tetapi, pihak polis menahan tiga daripada peserta flash mob itu dan merampas kain rentang mereka. Ketiga-tiga pemuda itu dibawa ke balai polis  bergerak. 

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat