Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label wartawan gay. Show all posts
Showing posts with label wartawan gay. Show all posts

Wednesday, 25 January 2012

Anak Dibawa Turun Ke Jalan Raya Kerana Yakin Peserta Bukan Perusuh!

"Mana-mana orang yang merekrut atau membawa kanak-kanak ke perhimpunan atau membenarkan kanak-kanak pergi ke perhimpunan juga dianggap telah melakukan kesalahan, dan jika disabitkan boleh didenda sehingga RM20,000." - Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011.

Berat hukumannya, gerun mendengarnya. Tujuannya tiada yang lain selain satu yang terlintas di hati. Menakutkan orang ramai untuk turun berdemonstrasi, tunjuk perasaan membantah kezaliman. Tidak mahu menunjukkan bahawa ramai yang berani turun berdemonstrasi menunjukkan rasa tidak puas hati, malah berani membawa anak-anak bersama bagi membuktikan bahawa perhimpunan yang bakal diikuti itu ialah sebuah perhimpunan aman.


"Itulah, lain kali jangan bawa anak. Kenapa bawa anak kecil ni!" Terjerit-jerit seorang lelaki di belakang memarahi kerana saya membawa bersama anak bongsu, Asiah yang ketika itu berumur tujuh tahun di tahun 2009. Saya langsung tidak memaling kepala untuk melihat siapakah lelaki itu yang terjerit-jerit memarahi saya.

Keadaan kecoh ketika itu dengan orang ramai berkejaran berlari menyelamatkan diri. Ramai yang terbatuk-batuk dan tersedak sambil terjerit-jerit dalam suasana yang kelam kabut akibat tembakan peluru gas pemedih mata bertubi-tubi kearah orang ramai yang berhimpun di perkarangan Masjid Ubudiyyah Kuala Kangsar, 6 Februari 2009



Saya langsung tidak memaling kepala untuk melihat siapakah lelaki itu yang terjerit-jerit memarahi saya.



Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat