Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label zahid hamidi ugut bunuh amir. Show all posts
Showing posts with label zahid hamidi ugut bunuh amir. Show all posts

Friday, 16 March 2012

GRRRRR!!! : Pernah Diugut Bunuh Gengster Zahid Hamidi

Aku terkejut beruk bila berita ni sampai kat telinga aku. Mak aaaaaiihh, baru aku tahu rupanya si tua sorang ni gangster. Macamana la orang macam ni boleh jadi menteri? Siap ada kes saman mahkamah lagik? Apa sudah jadi? Aku nak cerita sikit la mana yang disampaikan kat aku, selebihnya kalau ada yang lebih ganas, jangan lupa bagitau aku.. waaakakakaaaa...


Seorang ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah, 40, memfailkan saman itu pada 4 Julai 2007, mendakwa bahawa beliau telah dipukul dan ditumbuk pada mukanya oleh Datuk Ahmad Zahid Hamidi pada 16 Januari, 2006. Hoi Zahid, ko kenal mamat ni? Kenal sangat kan? Mamat ni adalah balak pada anak ko, Nurul Hidayah bte Ahmad Zahid. Kisah percintaan mereka bagaikan cerita Hindustan dan Zahid Hamidi ni pulak bagaikan kepala gangster selaku bapak pada pompuan tu. Percintaan ini berlaku pada September 2005 dimana mereka berdua suka sama suka. Mamat ni sediakan sebuah rumah di Kajang, Nurul Hidayah dengan sendirinya telah pun secara rela datang tinggal di sana dengan anaknya dan juga pembantu-pembantu rumahnya. 

Dia Mau Belasah Gua

Memang muka dia macam kaki pukul.....

Lawa anaknya, tapi malang bapaknya gangster, nasib ko la Amir...
Pada 16 Januari 2006, lebih kurang 10 malam, apabila Amir Bazli Abdullah sedang mengisi petrol ke dalam keretanya di Stesen Petrol sebelah UNITEN, Bangi, gangster gangster upahan Zahid Hamidi telah mengugut dan membawanya dengan paksaan ke sebuah kelab rekreasi di kawasan kediaman Country Heights, Kajang. Apabila sampai je Amir Bazli Abdullah telah melihat Zahid Hamidi bersama suami anaknya, Hisham dan seorang anaknya yang dikenali sebagai KK di sana. Bersama-sama mereka juga terdapat beberapa orang yang merupakan gangster gangster upahan Zahid Hamidi. Zahid Hamidi telah menumbuk dengan kuat di mukanya menyebabkan tulang hidungnya patah tanpa berikan apa apa signal, terus je bagi sebijik. Akibat daripada tumbukan sulung daripada Zahid Hamidi, mata kiri Amir Bazli Abdullah telah menjadi bengkak sehingga beliau tidak lagi dapat membuka mata kirinya.

Setelah menerima tumbukan pertama, gangster gangster upahan bersama Zahid Hamidi memulakan acara memukul secara bergilir gilir sampai lunyai beb.. Yang lagi best, Zahid Hamidi telah mengugut untuk membunuh Amir Bazli Abdullah berulang kali dengan mengatakan “kau akan ditanam” . Seorang dari gangster upahan yg bernama Hisham juga telah mengugut untuk membunuh apabila berkata “aku dah ingatkan kau, aku sanggup mandi darah dengan kau”. Selepas puas membelasah mamat tu, Zahid Hamidi dan balaci balacinya telah mengurung Amir Bazli Abdullah di kediaman Zahid Hamidi yang terletak beralamat di 389, Jalan Bayu Nyaman, Country Height, 43000 Kajang, Selangor sehingga jam 2 pagi hari berikutannya iaitu 17.1.2006.

Credit By Era Pasca

psst....Cuba lu pukoi kakmah tengok, gua nak tengok apa akan jadi kat lu, kalau lu berani la....

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat